ce click ce click

Wednesday, March 30, 2011

kenapa cinta selepas kahwin jadi begini??

Dulu, berpisah terasa rindu... tetapi kini lain sekali. Walaupun masih ada rasa rindu, tetapi tidak lagi sehangat dulu.

Bila berjauhan, ada juga berkirim sms, tetapi tidaklah sekerap dulu. Sekadar bertanya,

apa khabar di sana?

Macam mana anak-anak?

Atau sekadar minta doanya.

Tidak ada lagi kalimah cinta berbunga-bunga. Atau pujuk rayu yang sayu-sayu. Ah, biasa-biasa sahaja.




Betulkah selagi cinta itu diburu, ia akan indah. Tetapi bila ia telah dimiliki, keindahannya akan pudar sedikit demi sedikit. Kata orang tua dahulu, bila jauh
berbau bunga, bila dekat keharumannya tiada lagi.

Bagi kaum wanita , jika dulu puas berbedak, berhias sebelum bertemu suami, setelah berkahwin lain pula ceritanya.

Bau badan tidak dijaga, asyik 'mendedah aurat' tanpa mengira masa dan tempat. Bila setiap masa terdedah, di mana indahnya?

Kalau dahulu suapan makanan pun dijaga, dibuat penuh tertib dan kecil-kecil. Menguyah makanan pun tidak kedengaran bunyinya. Sunggup sopan, persis gadis pingitan.

Maaf, lepas beberapa bulan berkahwin, kesopanan dan ketertiban itu semakin mengurang.

Cara duduk, tidak dijaga lagi.

Menguap tanpa menutup mulut.

Suaranya... tidak semerdu, ketawa, ha.. ha.. ha.. berdekah-dekah.

Mana hilang malunya?

Jangan terkejut jika kita 'menjual' terlalu murah, orang akan meragui kualitinya. Suami akan berhenti 'memburu' anda jika anda terlalu jinak dan murah. Ini bukan bermaksud untuk mendorong anda menjadi terlalu liar atau terlalu mahal... tetapi belajarlah malu-malu seperti mula-mula kahwin dahulu. Insya-Allah, suami anda akan menjadi pemburu yang merancang seribu satu taktik dan strategi untuk memikat dan mendapatkan kasih-sayang anda. Biar dia menjadi pemburu cinta mu!

Jika isteri berjaya mengekalkan rasa malu, dia akan dapat mengekalkan sifat, kelakuan dan personaliti yang menarik perhatian suami. Dia akan dirindui bila jauh, akan disayangi bila dekat. Dia dilihat cantik sebelum bergelar isteri dan akan menjadi lebih cantik selepas itu. Sesungguhnya, malu itu satu perhiasan dalaman sama seperti permata yang menjadi hiasan luaran.

Belajarlah dari bulan mengambang. Bulan hanya mengambang sekali-sekala... Bulan tidak mengambang setiap malam... kerana dengan mengambang sekali-sekala itulah pungguk jadi perindu, manusia tertunggu-tunggu.

Bukan untuk para isteri sahaja, untuk suami juga perlu ada malunya. Jika anda inginkan isteri anda berhias, anda bagaimana?

Tegakah kita asyik berkain pelikat,

berbaju T dengan perut 'boroi',

rambut kusut tak bersikat

tetapi mengharap isteri tampil sebagai ratu untuk melayan kita? Maaf, kalau itulah 'umpannya' anda akan dapat 'ikan' yang begitu juga.

Jadi, bertanyalah dengan diri,

mana minyak wangi yang menjadi daya pemikat isteri waktu mula bertemu dahulu?

Mana kata-kata manis yang menjadi madah cinta waktu bercanda dulu?

Mana wajah prihatin, muka simpati dan empati serta senyuman yang ikhlas ketika mula-mula bersama dulu?

Carilah, kita tidak terlalu tua untuk itu. Apakah ada had usia untuk melakukan suatu kebaikan?

Inilah malu yang bertempat dan tepat pula masanya. Justeru, suburlah rasa cinta dalam rumah-tangga dengan menyuburkan semula rasa malu.



sekadar ingin berkongsi..iluvislam

3 comments:

  1. Teguran yg berguna utk bakal & suami isteri.hehehe..

    saya follow blog yang menarik ini, bole follow saya kembali?huhuhu

    ReplyDelete
  2. menariknye entry ni!
    peringtn utk wanita yg bkl mnmpuh alm perkhwinn..
    juga lelaki
    hehe

    ReplyDelete
  3. assalamu alaikum kanda, salam kenal dari aku semoga kamu mau jadi temen aku di blog dan di facebook.

    ReplyDelete