ce click ce click

Thursday, April 14, 2011

bersabarlah duhai hati

bersabarlah duhai hati..

ini ujian Allah..

tahniah kepada anda yang telah berjaya menjatuhkan maruah saya..

cuma ingatlah memfitnah itu lebih besar dosanya daripada membunuh..

jangan jadi fasiq tuduh orang tanpa bukti..

"sesungguhnya orang-orang yang melemparkan tuduhan kepada perempuan-perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawa empat orang saksi yang adil. Maka sebatlah mereka 80 kali sebat,dan janganlah kamu terima persaksian mereka itu selama-lamanya kerana mereka itu adalah orang yang fasiq".. (surah an-nur ayat 4)

jangan buat dosa kering sebar- sebarkan benda yang tak pasti..

sedih kawan-kawan sendiri yang sebarkan pekara yang mengaibkan ini kat belakang..

sedangkan sorang pun tak datang tanya kesahihan nya..

"Sesungguhnya orang yang mendengar (seseorang yang mengumpat orang lain) adalah bersekutu (didalam dosa) dengan orang yang berkata itu. Dan dia juga dikira salah seorang daripada dua orang yang mengumpat itu"

kata lah apa kamu nak kata..


"sesungguhnya seseorang itu bercakap dengan satu percakapan, dia tidak menyangka bahawa perkataannya itu akan menyebabkan dirinya dihumbankan ke dalam api neraka selama tujuh puluh tahun".. (Hadis riwayat At Tirmizi daripada Abu Hurairah)

jangan bajet best sgt..

"Maka janganlah kamu menganggap dirimu bersih, sebenarnya Allah lebih mengetahui siapakah orang yang lebih bertaqwa kepadaNya." - An Najm 53:32


-hamizahalim-

2 comments: