ce click ce click

Friday, August 19, 2011

pesanan buat abg ketak-ketak

dear lelaki-lelaki di luar sana.. sini ade pesanan penaja sikit.. kalau ye pun nak approach seseorang wanita tu,, bia la beradap sikit..

women are full of love.. so jangan la kasar-kasar..

walaupun anda di reject sekali pun,, berlalu la dengan penuh rasa hormat dan bermaruah..

jangan sesekali mencemuh kata-kata yang bukan-bukan hanya kerana anda tidak dapat apa yang anda mahukan..

sebab ini akan menyebabkan pandangan terhadap anda akan menjadi lebih buruk..

anda tidak boleh memaksa sesiapa pun untuk terima anda.. bia la anda di terima seseorang itu dengan penuh ikhlas.. bukan kerana terpaksa ataupun belas kasihan..

aku cakap ni bukan apa.. sebab kejadian siang hari tadi buat aku rasa hilang hormat pada segelintir lelaki yang berperangai sedemikian.. 

.......

...

..

a: hye awk,, nak tanya sikit..
b: yes,,
a: emm galaxy tab berapa ek harga sekarang??
b: sy x pasti la sebab kat sini x ade model tu..try survey kat kuantan prade.. kat sana ada..
a: oo.. nak tanya lagi leh??
b: boley ;)
a: no telefon awak ape??
b:emm sori,, nak buat ape pulak..
a:saje nak msg-msg awak..
b: .......
a: awk,,
b: emm xley la (senyum)
a: boley la..
b: ........ sy tak bg num fon kat org x kenal (senyum sedikit kelat)
a: cepat la
b: ..... ;) (senyum saja)
a: cepat la.. 01??
b: ........ (mls nk layan)
a: 01 berapa?? (ready2 nk tekan fon)
b:....:/ (senyum kelat)

mendesak dan terus mendesak sampai aku naik rimas..


tanya-tanya lagik even aku bwt derk aje...

....

...
.


then tetiba mulut aku tekeluar
"saya dah kawin"

ye aku taw kawin ni bukan benda main-main suka suki je ngaku da kawin padahal blom lagik.. tapi perkataan tu boleh buat lelaki tu stop paksa-paksa aku bagi num fon aku..

tetiba sesuatu pkataan keluar dari mulut dia yg buat aku sakit ati gila..
"ala da kawin macam tak leh cerai je"
kuat plak tu cakap.. org-org kat situ pandang je.. muka aku panas semacam je btukar kaler da.. pastu dya blah.. aku geram gila kat apa yang dya cakap tu.. dalam masa yang sama lega gila sbb dya dah blah dr situ..

nmpk sgt prangai tak semenggah.. ingt mainan ke cerai-cerai tu.. mmg la cerai tu dibenarkan dalam islam tapi tu perkara yang paling dibenci Allah..

tadi sempat google-google perihal cerai ni.. cerai bermaksud melepaskan ikatan perkahwinan dengan lafaz talak ataupun pekataan seumpamanya..

walau bagaimanapun,, cerai  merupakan jalan penyelesaian terakhir.. bermakna,, kalau masih ada jalan berdamai yang lain,, pilihlah untuk berdamai daripada memilh penceraian..

even dulu da pernah belajar time sekolah,, tapi ade lupa sikit-sikit.. jum la refresh balik fasal ni.. cerai ni jatuh hukum wajib jika perbalahan antara suami isteri tidak dapat di damaikan lagi.. dan jatuh hukum haram jika menceraikan isteri ketika sedang haid atau nifas dan ketika isteri dalam keadaan suci yang telah disetubuhi..


ada dua jenis lafas talak.. iaitu Talak sarih dan talak kinayah.. 


talak sarih ni ialah lafaz yang jelas dengan bahasa yang berterus-terang seperti “Saya talak awak” atau “Saya ceraikan awak” atau “Saya lepaskan awak daripada menjadi isteri saya” dan sebagainya. 


manakala Talak kinayah ialah lafaz yang digunakan secara sindiran oleh suami seperti “Pergilah awak ke rumah mak awak” atau “Pergilah awak dari sini” atau “Saya benci melihat muka awak” dan sebagainya. Namun, lafaz kinayah memerlukan niat suaminya iaitu jika berniat talak, maka jatuhlah talak tetapi jika tidak berniat talak, maka tidak berlaku talak.


hmm kalau ada jodoh antara aku ngn pak uda,, aku berharap sangat kisah penceraian ni tak berlaku dalam diari perkahwinan kami.. tu pun kalau ada jodoh la.. dah la aku ni jenis cepat goyang sikit.. yea i admit it.. selalu pak uda ingatkan aku.. dan dalam ati aku pun slalu mengingatkan. memandangkan kami masih tak berkahwin,, justeru itu,, aku berharap sangat yang aku dan dia masih kuat dalam mempertahankan our relationship ni hingga ke jinjang pelamin... 


till then,,


-hamizahalim-




No comments:

Post a Comment