ce click ce click

Friday, January 27, 2012

salam.. rindu rasanya hendak menaip.. kesibukan membataskan aku untuk ini.. dalam kesibukan ini kadangkala membuatkan aku terlupa akan sesuatu.. sesuatu yang sangat hampir sebenarnya.. sesuatu yang sudah tertulis dan x akan ada sesiapa pun yang terlepas.. setiap yang bernyawa pasti akan merasa mati.. MATI itu PASTI..

ntah kenapa semenjak-semenjak ini aku selalu teringatkan mati.. sedih bila memikirkan terpaksa meninggalkan dunia.. dunia yang penuh kegembiraan.. dikelilingi orang-orang yang menyayangi.. gelak tawa suka duka bersama.. aku jalani hidup ini sebagai seorang anak yang penuh kasih sayang ibubapa, seorang mahasiswi yang tekun menimba ilmu, juga seorang remaja normal yang penuh dengan pekara-perkara menarik dalam negara yang kaya sumbernya.. sungguh indah sekali hidup ini.. tiada yang sulit terpalit.. semuanya lengkap untuk aku.. hidup bagaikan menari bersama pelangi...

sehingga membuatkan aku terlupa seketika akan alam akhirat yang lebih abadi.. aku tenggelam di lautan duniawi.. hidup seolah-olah akhirat tiada menanti.. aku sayang dan x mahu meninggalkan dunia ini dan dalam masa yang sama bimbang dan risau.. amalan masih nipis dan dosa yang menebal.. tapi ajal dan maut itu ditangan tuhan.. apabila tiba masanya x kan telambat walaupun sesaat.. dalam apa jua keadaanya.. apa lagi yang bisa dilakukan disaat-saat itu..manusia yang kerdil ini hanya mampu berserah dan akur.. masa yang diberikan telah tamat.. masa yang singkat.. masa yang telah disia-siakan.. masa untuk mengumpul bekalan.. bekalan inilah yang akan menentukan kehidupan hakiki syurga atau neraka.. nauzubillah..

sesungguhnya mengingati mati itu satu ibadah.. ibadah yang tiada sia-sia.. ia dijanjikan ganjaran pahala.. sementara masa masih ada,, sementara jantung masih berdegup.. sementara badan masih terasa hangat..sementara masih bernafas.. marilah mengingati mati supaya kesempatan hidup ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya dan janganlah berasa lemah disebabkan sesuatu didunia ini kerana sesungguhnya akhirat itu lebih kekal abadi.. 

-hamizahalim-

No comments:

Post a Comment